Sejarah KL Tower

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan.[3] Fasa pertama dimulakan pada Oktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.

Menara ini dibina bersebelahan sebatang Pokok Jelutong berusia lebih 100 tahun.

Menara Kuala Lumpur telah dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.